Friday, 26 October 2012

SPM nak dekat

spm nak dekat dh,, tapi,ak lgsung xde mood nak study.. gan serbut ak ag gan jannh n apiz... ak ase malas je na g sekol.. ak xsabar ase nak abz spm... erm... kje sekola pon ak lgsung xbersentuh. buku rujukan ,lagi lhaaa ak xsentuh ye.. huwm,, npew gan ak nie??
ya ALLAH.. npe gan ak nie?? npe ak lgsung xde minat na study.. ak xtaw lhaa nape.. padahal spm seminggu je ag owt.. weyh,nape gan ak nie.. ak ase ak kene de someone owt yg leyh bgi semangat at ak.. dye na bgi semngat at ak?? huhu.. nonsense sesangat.. ak pon dye xcare sgt,, yelaa kn , spent time sokmo nan mbe kn,, mane lhaa pndg ak nie ha.. kn.. xpe2.. ak kene paham je lhaa kn.. tu yg ko nak kn.... 
erm, dh, forget it.. weyh,npe ak mals na study.. ok2 xpe2.. bb pon aboh dh limited.. so,ak xpyh online2 dh,, ni pon ak gune simcard 5rngt sehari uw.. ingat na skype nan dye, tapi xpe lhaa,. dye bzy kan nan mbe2 dye.. mane nak care at ak ni.. thats mean na skype pon xde mase lhaa.. ..kan..
oke, jap g pkul 2 b.b dh tamat laa.. oke2, lpas nie, ak na pulun abz2 buku... so, ak xna care sgt dh lhaa pasall dye nie..., lupe kn sekejap pasal dye nie,. fokus pde spm.. tapi masalah nyek ak xleh.. ak na juga taw pasal dye tiap2 ary .. ak harap kn sesangat dye dpt jdi penyokong untuk ak na spm nie.. oke,xpe lhaa..ingt an na g umh dye lpas mgu first exam.. tapi, ika nan asrul dh ptus .. xtaw lhaa jdi ke x.. cm xjadi je.. huwmm
k,lhaa.. ak na fokus pde study.. even ak xde minat utk study pon, ak kene gak study.. so, gudluck azua utk study k.. hehehe
*********************

annivesary ke-3

oke, lam kul 12 lbih malam ak call dye.. n ak hope sesangat dye ingat annivesary kitaowang.. blew ak call n dye angkat tros dye wish happy annivesary.. woow/.. ak heppy sesangat.. mmg ak tergelak jugak lhaa.. huhuhu
tapi, tu semua kejap je.. last2 dye kap dye gah lepak gan mbe2.. so,xleh ke ko na ckp gan ak jap.. erm, oke cm ak cakap kn lhaa mbe lbih penting dari2 ak.. ko ingat x, ko pnh tnye ak antara ko gan mbe2 ak, mane lagi penting?? ak ragu2 gak mase uw, ko pnting n mbe2 ak pon pnting,,, tapi, ak gan confident jawab ko lagi pnting..
then,ko tnye knape an?? serius ak xtaw na jawab pe mse uw.., ak wat2 yakiin lhaa yg kawan ni t ak akn jupe lgi nnti tapi ko satu je.. erm ,ko ckp jwpan ak ni tepat,, then, ko terng an yg kawan ni xpenting sgt, yg penting bf@gf nie.. bagi ko gf@bf lagi penting...
tapi, nape ak ase ko lgi pnting kn mbe2 dari ak... takpe, ak paham,, ko suh ak paham.. ye b,, ak pham .. ak xkisah ko na pnting kn mbe2 dari ak,, cume ak terkilan dh 2 mlm ko xde mood sbb ak gnggu ko gah lepak2.. npe msti ko xde mood? ko na taw, kalo ak gah lepak nan mbe2 or even gan fmily pon,blew ko call ak, ak angkat n pegi jauh ckit dri diowang,,, ak xpnh ase badmood cm ko.. xpenah lak ase ko uw pengganggu taw x.. tapi ko??? 
ak mintak maaf lhaa sbb gngu ko gah lepak kan,, tapi ak xleh tmew blew ak call time ko gah lepak ,terus ko xde mood.. ye,ko suh ak paham... ak xleh na paham sbb pe? sbb ak rindu kat ko lhaa kering... ko kene gak paham ak... herhhh!!!! 
ak xtahan sgt blew annivesary kite yg ke3 ak dapat cm ni lak lyanan.. layanan first class sgt kn...ak mmg anta mcj tntg luahan aty ak.. oke, ko suh call tapi maaf ar ak tertido sbb pnat mngis sbb ko... 
tapi, blew ak bgun ,ak terus call ko , tapi xpasal2 marah n baran ko yg ak dapat.. ak senyum sepuas2 nyek sbb xnak lhaa nmpk ak ni mngis kn.. 
then,ak bkk fb ko jap,,, ak nyesal ase bkk fb ko n bcew mcj ko nan minah indoh uw,, siap de muah2,love u lhaa, kangen lhaa.. even dye owg indon pon, dye tetap pmpuan,,, ermm.. mmg ak heppy pon kn bacew semua uw... pe lagi kurang at ak smapai minah indon ko nak... xcukup ag ke pe yg ak bgi ha.... yg pasti ,ak terkilan sesangat.. conclusion,, ko ni cakap xserupa bikin... oke, kawan2 lagi penting kn dari ak.. ak paham .. pe2 pon ak tetap sayang n cintakan ko daniel even ak xsepenting membe2 kowalaupon ko dah bermuah2 gan minah indon uw,,,...yg pasti ak sedih sesangat..
                                           ****************************************

kawen awal

seriously ak teringin sesangat na kawen awal.. tapi, ak taw mak abah xkan penah sokong pe yg ak nak.. nuar  kawen pon xlepas2pon ag, pe ntah ak nie ha.. ak xtaw lhaa cm ne na lembut an aty mok nan aboh nie...\ni de info yg ak dpt.. ak sokmo bcew info bgi kekuatan at ak na yakin an ak tuk bagi keyakinan at mak aboh tuk ak kawen awal..;-


Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.
Gambar hiasan: Persoalan tentang kahwin awal sentiasa bermain-main di ruangan kepala seorang gadis
1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?
Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?
2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?
Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study, dan juga meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin RM50 atau RM100 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.
Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)
3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Sebelum itu, saya mahu tanya. Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Dan tidak perlu sanding-sanding semua tu kerana hukumnya haram jika bersanding depan bukan mahram. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.
Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)
4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.
Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)
5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.
6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.
Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)
Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.
Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)
***********